

ukiran anak vs ukiran ayah
Posted by in Uncategorized
Nak share citer that i’ve read recently
Anak seorang tukang ukir hairan mengapa bapanya terus mengkritik hasil kerjanya. Padahal hasil ukiranny telah terjual dengan harga lebuh mahal daripada hasil ukiran bapanya..
” Ayah, dahulu ketika hasil ukiran saya dijual dgn harga RM40, ayah menegur hasil kerja saya, mengapa? tanya si anak.
“Memanglah, kerana hasil ukiran ayah sendiri terjual dengan harga RM50.” Sahut ayahnya perlahan.
” Tetapi apabila hasil ukiran saya terjual RM50 pun ayah masihkritik. Mengapa? Bukankah hasil kerja saya telah meningkat?”
Ayah terus tersenyum seraya berkata, ” Sebab pada masa itu, hasil kerja kamu hanya menyamai hasil kerja ayah. Itu belum boleh dianggap satu kejayaan besar.”
Anaknya tidak berpuas hati.
” Tapi semalam hasil kerja saya telah dijual dengan harga RM60, sudah melebihi harga ukiran ayah. Bukankah itu satu kejayaan besar? Tetapi mengapa ayah masih mengkritik?”
” Nak, sejak sekian lama, pernah tak kamu lihat ukiran ayah terjual lebih atau kurang daripada RM50?”
Si anak terdiam sebentar… ” Tidak pernah.”
“Mengapa agaknya?” tanya si ayah.
“Saya tidak tahu ayah.” jawab si anak.
“Jawabnya sebab ukiran ayah tidak pernah meningkat mutunya. Hanya di takuk lama.” kata si ayah. “Dan kamu tahu mengapa?”
“Tidak ayah.” ” Sebab datuk kamu tidak pernah mengkritik hasil ukiran ayah. Jadi ayah tidak mahu mengulangi kesilapan itu, Sekarang ayah akan terus mengkritik supaya ia akan terus meningkat dan meningkat. Jika tidak ia akan terus di takuk yg sama seperti hasil ukiran ayah sekarang.
Pengajarannya:
Kritikan yg adil adalah pendorong dan pemantau lepada kualiti.
Sifat terlalu cepat berpuas hati akan membunuh semangat untuk terus menambah ilmu dan memperbaiki diri.
read comments (0)adab dalam mendidik anak
Posted by in Uncategorized
- Memastikan anak-anak mendapat makanan yang halal.
- Menemani dan menggalakkan anak-anak melakukan aktiviti riadah bagi menjamin kecergasan jasmani.
- Menghindar anak-anak dari segala bahaya.
- Memahami bakat dan minat anak-anak serta menggalakkan mereka untuk mengembangkan minat.
- Mengajar anak-anak meghayati dan memahami segala ajaran Al-Quran.
- membimbing anak-anak mengikut cara hidup Islam.
- Menyuburkan jiwa anak-anak dengan keimanan.
- Memberi kasih sayang kepada anak-anak secara adil.
- mendidik anak-anak mencintai Allah dan Rasul.
- Mengajar anak-anak mengamalkan akhlak yang terpuji
tips from majalah SOLUSI.
natrah suraya
Posted by in Uncategorized
lately cuaca sangat panas. anak-anak pun kejap demam, kejap batuk n selsema, kejap baik. In fact malam pun tak larat panasnya. Last night, balik dari kelas kena ngadap natrah …my 5 year old… sebabnya homework yang teacher beri tak siap lagi.
Aku tanyala kenapa tak siapkan masa mama gi kelas tadi. “Natah penatlah mama, hari-hari teacher beri homework banyak.”
‘Nak pandai kenalah rajin..’ ayat standard seorang ibu..
‘Tapi hari-hari pun tulis a b c jer mama….Natah dah boleh buat dahhh….Ayah ..Ayah..” jawab Natrah sambil mengalih perhatian kepada ayahnya yang dari tadi leka melayan facebooknya.
“Huh” jawab laki aku sepatah. “Ayahhh… Ayah jawabla yea..”
” Yeaaa sayangggg…. manja Ayah nak ape?” ” Ayah rasa panas tak?” tanya si kecik lagi..
“Panas sangat nie… Natah cepatla siapkan keja.. boleh kita naik atas tido.. Ayah dah ngantuk nie.” pujuk laki aku.
“Alaaa Natah rasa panas la Ayah.. camner nak tido… ape kata ayah gi kat keta… bukak aircon dia .. pas tu pasang kat bilik?!……….”
. . . . . . . . . . . muka laki aku. . . . . . . . . . PRICELESS !!!!
me and nabil
Posted by in Uncategorized
Hari ni, macam biasa, pick-up Nabil dari sekolah. Slightly late, macam biasa jugak.
For the past two weeks, lambat seminit je and you are confronted by long face, eyes that shoot daggers, and question like
“Kenapa Mama lambat sangat? Hari panas la”
Tapi hari ni, kerang busuk lagi lawa. Tersengih-sengih tak sudah-sudah.
Aku pun tanya lah “Camne sekolah hari ni?” Nabil balas “OK je”
“Dah tu apa yang happy sangat? Tersengih-sengih.” soalku.
“Susah la nak cerita, Mama”
“Perasan tak budak perempuan yang berdiri belakang Nabil tadi tu?”
Aku jawab “Ha, yang gigi jarang, besar-besar, macam Nabil tu?”
“Haaaa.. comel kan Mama? Nama dia Balkis”
Aku kata dalam hati “Hek eleh mamat ni”
